Ducati Lenovo Team lalui era terbaik elepas dua tahun mengujakan buat mereka apabila penunggang mereka, Francesco Bagnaia, berjaya raih gelaran juara dunia buat dua kali berturut-turut.

Untuk musim 2024, Ducati lebih serius apabila sudah pun melancarkan jentera baharu mereka iaitu Desmosedici GP24 yang diberitakan mendapat banyak pembaharuan dari segi aerodinamik.




Pengurus Besar Ducati Corse, Gigi Dall'Igna, janjikan jentera kali ini punyai kuasa yang lebih besar berbanding musim lalu.

"Sukar untuk kami ubah dari segi teknikal terhadap jentera tahun lalu semasa musim sedang berjalan.

"Kali ini banyak perubahan dilakukan dari segi prestasi enjin dan reka bentuk untuk mendapatkan kelebihan aerodinamik jentera," katanya.



Jentera baru ini akan digunakan Francesco Bagnaia dan juga Enea Bastianini sepanjang musim 2024.

Menariknya, Desmosedici GP24 bakal membuat debutnya di Litar Antarabangsa Sepang dalam sesi ujian rasmi MotoGP pada 1 hingga 8 Februari ini.