Badan penganjur bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil 4 petang esok bagi memeriksa venue pertandingan termasuk kualiti padang menjelang final Piala Malaysia, Jumaat ini.

SNBJ sekali lagi bertindak sebagai venue utama Kejohanan Tertua Asia yang menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) turun mempertahankan kejuaraan berdepan Terengganu FC.

Bagaimanapun, ketika saingan berbaki kurang daripada empat hari, permukaan padang belum di tahap terbaik.

Terdahulu, pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik keadaan semasa padang SNBJ yang masih lagi dalam proses pemulihan.