Persiapan pramusim Johor Darul Ta'zim (JDT) di Sepanyol bermula dengan langkah kanan susulan kejayaan merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Real Murcia di Estadio La Rosaleda sebentar tadi.

Sepanyol menjadi destinasi JDT menjalani persiapan menjelang saingan Liga Malaysia yang bakal bermula bulan hadapan.

Bertemu kelab yang beraksi dalam LaLiga B, Real Murcia, JDT berjaya merakamkan kemenangan 3-0.

Seawal minit ketiga, anak buah Hector Bidoglio menerusi jaringan yang disempurnakan pemain yang baru menyertai Harimau Selatan, Jalil Elías sebelum Arif Aiman Md Hanapi menggandakan kelebihan pada minit ke-14.

JDT mencengkam kedudukan apabila memastikan kemenangan apabila Francisco Geraldes menjaringkan gol ketiga perlawanan pada minit ke-72.