Ammar Hakim
Wed Dec 30 2020

Marcus Rashford menegaskan Manchester United 'tidak boleh melihat terlalu jauh ke hadapan' selepas jaringannya membenarkan United menang 1-0 ke atas Wolves bagi merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool kepada dua mata.
Rashford menghasilkan sesuatu ketika perlawanan melewati masa kecederaan di Old Trafford, mendapatkan bola daripada hantara Bruno Fernandes sebelum melepaskan rembatan mengatasi Romain Saiss dan gagal dinafikan Rui Patricio sebelum menembusi gawang Wolves.
The Red Devils mendominasi permainan dan menghasilkan deretan peluang tetapi United kelihatan dijangka meraih satu lagi keputusan seri.
Selepas meledak gol kemenangan tersebut, penyerang England itu enggan membincangkan mengenai gelaran takhta serta masih terlalu awal memikirkannya ketika saingan baru sahaja melewati 15 perlawanan.
"Saya rasa kita tidak boleh melihat ke depan," kata Rashford kepada Amazon Prime.
"Kami pasukan yang masih melakukan banyak usaha untuk diri sendiri. Banyak lagi peningkatan harus dilakukan.
"Kita harus mengambilnya satu perlawanan pada satu masa dan jika kita dapat terus mencari jalan untuk menang seperti ini, kita akan melihat di mana kita berada di akhir musim."
Jaringan pada lewat dalam perlawanan itu merupakan yang ketujuh buat Rashford selepas 15 perlawanan EPL musim ini, selepas menjaringkan 17 gol dalam 31 perlawanan bagi musim lalu.
Pemain berusia 23 tahun itu mendedahkan saat gol kemenangan itu hadir selepas pertahanan kiri Wolves, Ait-Nouri, bergelut dengan kekejangan otot dan mula menyasarkan pemain kelahiran Perancis itu.
"Pertahanan itu, saya berasakan dia mengalami kekejangan otot beberapa minit sebelum itu dan saya mula menyerang ke arahnya jika sesuatu berlaku, kami berjaya meraih satu jaringan.
"Kami agak kecewa kerana kami tidak bermain dengan apa yang kami mahukan, tetapi pada penghujungnya, tiga mata yang diperoleh amat penting dan kami berjaya mendapatkannya."

Fred belum bincang masa depan bersama Manchester United
Erik ten Hag masih belum berbincang dengan Fred mengenai masa depan Manchester United dengan pemain tengah itu bakal memasuki tahun terakhir kontraknya.

Piala FA: Ten Hag mahu Manchester United jadikan kegagalan sebagai motivasi
Erik ten Hag berkata Manchester United perlu menggunakan kelukaan yang mereka alami selepas tewas dalam final Piala FA kepada Manchester City sebagai motivasi untuk memperbaiki prestasi dan menghapuskan jurang dengan pasukan jiran itu.

Piala FA: Pep Guardiola gesa Manchester City lengkapkan 'treble' musim ini
Pep Guardiola menggesa Manchester City untuk melengkapkan kegemilangan mereka dengan memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menjulang Piala FA malam tadi.

Piala FA Inggeris: Ilkay Gundogan wira Manchester City benam seteru jiran
Ilkay Gundogan dua kali menemui sentuhan berbisa buat Manchester City mengatasi Manchester United 2-1 untuk menjulang Piala FA, sebentar tadi.

Final Piala FA: Manchester United sedang bina sesuatu istimewa bersama Ten Hag -- Fernandes
Bruno Fernandes percaya Manchester United sedang membina sesuatu yang istimwa di bawah bimbingan Erik ten Hag dan ketua pasukan itu berasa bersyukur pengendali berkenaan masih meletakkan kepercayaan kepada dirinya biarpun mendapat kritikan hebat sewaktu mereka dibelasah Liverpool 7-0 sebelum ini.

Final Piala FA: Manchester City akan tampil dengan kekuatan penuh
Pasukan yang sedang memburu gelaran 'treble' musim ini, Manchester City, akan tampil dengan kekuatan penuh menjelang perlawanan final Piala FA menentang seteru tradisi, Manchester United, malam ini.

Man United dijangka tawar Harry Maguire ke Chelsea
Harry Maguire dijangka disertakan dalam usaha Manchester United mendapatkan khidmat Mason Mount dari Chelsea.

Mason Mount capai persetujuan syarat peribadi bersama Man United
Menurut talkSPORT, bintang Chelsea, Mason Mount, telah bersetuju dengan syarat peribadi dengan Manchester United dan The Red Devils kini dijangka membentangkan bidaan rasmi pertama mereka.

Neymar hanya mahu sertai Man United jika tinggalkan PSG
Neymar dilaporkan berminat untuk menyertai Manchester United pada musim panas ini dan tidak berhasrat untuk meninggalkan Paris Saint-Germain untuk mana-mana kelab lain.

Piala FA: Anthony Martial terlepas aksi final ekoran kecederaan
Penyerang Manchester United, Anthony Martial, telah diketepikan daripada perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City Sabtu ini kerana kecederaan hamstring.

Steve Smith: Jack Leach will leave big shoes to fill for England in the Ashes
Leach will not face Australia due to a back injury.

Where might Lionel Messi go next after Paris St Germain spell ends?
An option to extend his stay with the Ligue 1 champions has not been activated.

Thilo Kehrer’s excitement rises ahead of the chance to achieve his West Ham goal
The Hammers last lifted a major trophy in 1980.

Charlton owner Thomas Sandgaard agrees to sell club to SE7 Partners
Former Sunderland co-owner Charlie Methven is a director of SE7 Partners.

Ange Postecoglou agrees to leave Celtic for Tottenham – reports
Postecoglou has reportedly agreed to become Spurs manager.

Kasatkina hits out at French Open crowd over booing after defeat to Svitolina
The ninth seed respected Svitolina’s stance of not shaking hands with Russian players.

The spinners England could turn to after losing injured Jack Leach for Ashes
Leach will play no part in this summer’s clashes with Australia due to a back injury.

Josh Tongue proud of England debut and thriving in ‘no-pressure’ environment
The Worcestershire seamer took five for 66 in Ireland’s second innings at Lord’s.

Kane, Mbappe and Osimhen – A look at Real Madrid’s possible striking targets
Karim Benzema is leaving the Bernabeu after scoring 354 goals in 648 appearances for the Spanish giants.

'Aku cinta kamu', Lin Dan jokingly tells Chong Wei
Amidst Lee Chong Wei's BWF Hall of Fame fiasco, a heartwarming video of the Malaysian legend teaching Lin Dan how to speak Bahasa Melayu emerged.