Marcelo mendakwa Real Madrid gagal melaksanakan perancangan awal selepas terikat seri 3-3 dengan Las Palmas, awal pagi tadi.

Isco meletakkan Madrid di depan sebelum Tana menyamakan kedudukan sejurus selepas itu.

Jonathan Viera dan Kevin-Prince Boateng meletakkan pasukan pelawat di depan setelah Real Madrid terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Gareth Bale dilayangkan kad merah.

Cristiano Ronaldo menyelamatkan maruah Madrid dengan dua gol untuk kembali menyamakan kedudukan, sekaligus berakhir dengan satu mata.

Bagaimanapun, pungutan satu mata itu tidak cukup untuk kembali berada di puncak LaLiga dengan Barcelona melakar kemenangan 6-1 ke atas Sporting Gijon sebelum itu.

Meskipun Madrid masih kurang satu perlawanan, Marcelo mengakui mereka perlu melakukan perubahan sekiranya mahu menamatkan kemarau lima tahun tanpa kejuaraan liga.

"Situasi ini menyukarkan kami. Kami perlu melakukan perubahan dan cuba untuk kembali lebih baik," dia memberitahu Movistar+.

"Sebelum perlawanan bermula, kami berbincang tentang perkara yang gagal kami lakukan dalam perlawanan sebelum ini tetapi sekali lagi kami mengulanginya.

"Las Palmas mempunyai pemain yang bagus. Saya tidak tahu bagaimana kami boleh mengutip keputusan seri."