MANCHESTER UNITED 1 BRIGHTON 3

Manchester United terus dirundung malang apabila dihadiahkan kekalahan 1-3 oleh Brighton & Hove Albion di Old Trafford, sebentar tadi.


Kekecewaan itu melanjutkan lagi episod kekalahan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka kepada Arsenal dengan keputusan serupa, dua minggu lalu selain diselubungi kekeruhan situasi di bilik persalinan.


Benteng pasukan asuhan Eric ten Hag itu akan terus dipersoalkan kerana begitu rapuh dihukum penyudah Danny Welbeck, Pascal Gross dand Joao Pedro sebelum Hannibal Mejbri menjaringkan gol sagu hati.