Tular insiden seorang pemain bola sepak wanita menggunakan tangan mengambil bola daripada penjaga gol ketika masih dalam permainan dalam saingan Liga Wanita Nasional (LWN), semalam.

Perkara tersebut terjadi di mana penjaga gol itu sudah menyelamatkan bola menerusi sepakan percuma pihak lawan namun, diberikan sepakan penalti akibat rakan sepasukannya menggunakan tangan untuk menyepak bola keluar.


Perlawanan tersebut merupakan aksi minggu kelima di antara skuad Sabah yang berjaya menewaskan pasukan pelawat, Red Eagles SC, di Stadium Likas, baru-baru ini.

Keputusan akhir menyaksikan Sabah berhasil mendapatkan tiga mata penuh selepas memenangi permainan dengan jaringan 2-0.