Pemain tengah naturalisasi negara, Liridon Krasniqi, enggan mengendahkan perkara di luar padang, sebaliknya fokus untuk membantu Harimau Malaya mencapai misi menjadi 12 pasukan terbaik Asia dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia bulan depan.
Buktinya, pemain kelab Australia, Newcastle Jets, itu sempat bertemu dengan legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho, di Dubai bagi mendapatkan panduan menjelang pertemuan menentang pasukan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun ini.
"Yang pertama, sudah pasti saya berasa amat berbesar hati untuk mendapat panggilan skuad kebangsaan," katanya kepada Nadi Arena.
"Saya teruja untuk berjumpa pemain lain selepas beberapa bulan dan kini saya sudah berada di sini.
"Saya fikir kami mempunyai pasukan yang baik dan latihan pertama saya juga berlangsung dengan baik.
"Bola sepak memang seperti itu, adakalanya anda mempunyai isu dan adakalanya tidak. Kami tidak akan membawa masalah seperti itu ke dalam permainan dan hanya fokus di atas padang.
"Jika saya turun bermain dan memikirkan mengenai kritikan peminat, saya akan hilang akal dan kritikan itu akan membuatkan saya benar-benar kecewa," katanya.
Mengenai pertemuannya dengan Ronaldinho, Liridon menambah: "Ronaldinho adalah sebab saya bermula bermain bola sepak. Dia penyebab saya amat meminati dan mencintai bola sepak.
"Saya sedang berada di pantai dan secara tiba-tiba dia berjalan melewati saya dan saya seperti tidak percaya itu adalah dirinya.
"Dia menuju ke kawasan persendiriannya dengan staf dan pengawal yang ramai dan saya seperti tidak percaya kerana ia kali pertama saya bertemunya.
"Saya mencari jalan untuk berjumpa dengannya dan bernasib baik kerana saya mengenali pengurus pantai itu.
"Selepas berjumpanya, kami mula berbual dan saya memberitahunya betapa saya amat mengidolakannya dan dia sama seperti yang anda dapat bayangkan sebelum ini.
"Saya memberitahunya bahawa saya akan menghadapi kelayakan Piala Dunia bersama Malaysia dan dia mengucapkan selamat berjaya buat saya dan kami banyak berbual mengenai beberapa perkara.
"Dia seorang yang baik hati dan saya seperti tidak percaya saya sedang bersama Ronaldinho.
"Dia juga mengucapkan selamat berjaya buat Malaysia," tambahnya.
Muzaffar Musa
Fri May 21 2021
Barcelona tandatangani anak Ronaldinho
Barcelona memberikan peluang kepada Joao Mendes untuk melakukan impak di Camp Nou, sama seperti yang dilakukan ayahnya, legenda kelab itu, Ronaldinho.
Piala Dunia Qatar: Ronaldinho percaya Messi boleh terus bermain sehingga berusia 50 tahun
Lionel Messi 'boleh bermain sehingga dia berumur 50 tahun', menurut legenda Brazil, Ronaldinho.
Liridon 'berguru' dengan Ronaldinho
Pemain tengah naturalisasi negara, Liridon Krasniqi, enggan mengendahkan perkara di luar padang, sebaliknya fokus untuk membantu Harimau Malaya mencapai misi menjadi 12 pasukan terbaik Asia dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia bulan depan.
Cardetti: Ronaldinho lebih mempesona dibandingkan Messi
Martin Cardetti akan memilih bekas rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG), Ronaldinho, berbanding bintang Barcelona, Lionel Messi.
Messi pemain terbaik sepanjang zaman -- Xavi
Xavi melabel bintang Barcelona, Lionel Messi, sebagai pemain terbaik sepanjang zaman sementara Ronaldinho tergolong bersama legenda-legenda lain.
Ronaldinho bingung dengan keputusan Neymar
Bekas bintang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho seakan berputus asa dengan rakan senegaranya, Neymar yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG).
New England Revolution 1-4 Inter Miami: Messi at the double as Herons run riot
Lionel Messi maintained his fine start to the MLS season on Saturday, moving to nine goals for 2024 with a brace in a dominant Miami win.
Uber Cup: Malaysia beaten 4-1 in opening match
Malaysia lost 4-1 to Chinese Taipei in their Uber Cup opening Group B match, a defeat which makes their road to the quarter-finals a challenging one.
NBA: Lakers avoid sweep to Nuggets; Celtics take 2-1 lead on Heat and Thunder go up 3-0
Faced with elimination, the Lakers got big performances from LeBron James and Anthony Davis to beat the Nuggets in Game 4
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao: Hosts close in on top-four finish
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao
Hull City 3-3 Ipswich Town: Tigers fight back three times to deny Tractor Boys
Report: Hull City 3-3 Ipswich Town
Chelsea and Hayes fall short again in the Champions League
Chelsea and Hayes fall short again
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre: Ramos rescues point but title confirmation must wait
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre
Al-Khaleej 0-1 Al-Nassr: Ronaldo misfires on return as Laporte nets winner
Report: Al-Khaleej 0-1 Al-Nassr
IPL: Royals extend lead at the top after Samson and Jurel see off LSG
Samson and Jurel secure win
Chelsea Women 0-2 Barcelona Femeni (1-2 agg): Holders reach Champions League final again
UWCL Report: Chelsea 0-2 Barcelona