Derbi Pantai Timur memihak kepada Terengganu yang mudah menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) dalam perlawanan minggu ke-16 Liga Super Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Seawal minit ke-11, Alif Zakaria mencetak nama sebagai penjaring buat Sang Penyu untuk meletakkan Terengganu di depan.

Meskipun melancarkan serangan bertali arus, tiada tambahan gol di separuh masa pertama.


Pemain kebangsaan, Safawi Rasid, yang bijak mengambil peluang dengan tidak terperangkap dengan ofsaid berjaya menjaringkan gol kedua buat skuad kendalian Badrul Afzan Razali.

Gol sagu hati KDN hadir pada lewat permainan menerusi Oday Ali Kharoub yang menyempurnakan sepakan penalti.