Personaliti internet dari Amerika Syarikat (AS), IShowSpeed, menerima sambutan meriah dalam kunjungan ke Malaysia.

Karenahnya yang ramah dan gila-gila berkaitan bola sepak sebelum ini telah mengundang perhatian global.

Jelas kehadiran personaliti yang mengadakan Jelajah Asia Tenggara itu amat dinanti-nantikan oleh peminatnya di sini, malah kelibatnya dengan menyarung jersi Harimau Malaya menambahkan lagi keterujaan peminatnya.