Pasukan gergasi Liga Super, Selangor, menandatangani penyerang berbisa Jordan, Ali Olwan, sebagai pemain baru The Red Giants menghadapi baki saingan liga dan senjata utama dalam kempen Liga Juara-juara Asia 2 (ACL2).

Perpindahan pemain berusia 24 tahun itu menyertai rakan senegaranya iaitu Noor Al-Rawabdeh dan Reziq Bani Hani sebagai pemain ketiga dari Jordan yang akan memperkuat barisan serangan skuad kendalian Nidzam Jamil.


Dalam masa sama, Ali Olwan juga memainkan peranan penting buat pasukan kebangsaannya selepas persembahan cemerlangnya membantu Jordan melayakkan diri ke pentas akhir Piala Asia 2023 dan berhasil meraih naib juara kejohanan.