Perebutan slot Piala AFC diteruskan menerusi pertembungan Kedah dan Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam esok.

Ia bakal menjadi pertembungan pasukan yang menghuni di tangga kedua dan ketiga sekaligus menjadi perlawanan untuk memburu slot ke Piala AFC musim hadapan.

Selangor ketika ini menduduki tangga kedua Liga Super dengan 55 mata, mendahului dua mata ke atas pasukan di tangga ketiga, Kedah Darul Aman.


Ikuti siaran langsung perlawanan ini di Astro Arena Bola saluran 803 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go atau ikuti secara percuma melalui aplikasi Sooka bermula dengan pra-rancangan pada jam 8.00 malam.

Muat turun aplikasi Sooka melalui App Store atau Google Play sekarang!