Mat Saiful Mohamad secara rasminya dilantik sebagai pemangku jurulatih dan akan dibantu oleh Merzagua Abderrazak bagi mengendali pasukan Penang buat sementara waktu.

Berikutan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Penang yang berlangsung pada 21 Oktober lalu, satu pengumuman sebulat suara telah dibuat bagi menggantikan posisi jurulatih utama, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

"Usaha dan dedikasi Akmal Rizal adalah amat dihargai memandangkan dia masih mempunyai kontrak bersama dengan Penang dan dia akan dikekalkan bagi meneraju pasukan lain di bawah Penang," kata Lembaga Pengarah Penang Sdn Bhd.



Menerusi kenyataan tersebut, Penang juga sedang mengenal pasti beberapa calon utama, namun masih berada dalam fasa perbincangan bagi memuktamadkan kontrak.

Sebagai rekod, sentuhan pertama Mat Saiful berakhir dengan kekalahan 0-4 kepada Sabah.