Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, sebentar tadi mengumumkan pelantikan Ruben Amorim sebagai pegurus baru kelab itu.

Ia kini hanya menunggu kelulusan visa untuk pengendali berbangsa Portugal itu dinamakan secara rasmi.

Menurut kenyataan itu, Amorin mengikat kontrak sehingga Jun 2027 dengan United memiliki pilihan untuk melanjutkan tempoh itu setahun lagi.

Dia dijangka akan tiba di Manchester pada 11 November ini.

"Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih pasukan utama, tertakluk kepada keperluan visa kerja," kata kenyataan itu.

"Dia akan bersama United sehingga Jun 2027 dengan dengan kelab memiliki pilihan untuk tambahan setahun, sebaik sahaja dia memenuhi kewajipannya bersama kelabnya (Sporting CP) ketika ini.

"Dia akan menyertai Manchester United pada Isnin, 11 November."