Kevin De Bruyne meledak dua gol ketika membantu Belgium melakar kemenangan dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara, menewaskan Israel 3-1 di Stadion Nagyerdei.

De Bruyne membuka jaringan di awal permainan, hanya untuk menyaksikan gol sendiri Timothy Castagne membenarkan lawan menyamakan kedudukan di gelanggang neutral di Hungary.

Namun The Red Devils meningkatkan corak permainan dalam separuh masa kedua, dengan kapten Belgium itu menyempurnakan jaringan menerusi sepakan penalti selepas Youri Tielemans memastikan kelebihan memihak pasukannya.

The Red Devils bakal berkunjung ke Lyon bagi aksi seterusnya untuk berdepan Perancis, yang tewas 3-1 di tangan Itali dalam aksi pembukaan.