Pengendali Perancis, Didier Deschamps, bersedia untuk perlawanan Perancis dalam Liga Negara-Negara tanpa Adrien Rabiot, awal pagi ini.

Rabiot yang telah membuat 48 penampilan bersama skuad Les Bleus sejak 2016 terpaksa diketepikan ketika berdepan Itali dan Belgium kerana masih tidak menemui kelab sejak perpindahan dari Juventus pada penghujung musim lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu telah menarik minat Manchester United semasa jendela perpindahan, tetapi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu sudah menandatangani Manuel Ugarte daripada Paris Saint-Germain.

"Rabiot sedang melalui situasi yang agak memalukan" kata Deschamps.

"Saya harap dia dapat segera memilih kelab yang boleh mendapatkan semula momentum demi kembali bersama kami" katanya.