Saingan Liga Juara-Juara Asia 2023 (ACL) kembali dengan perlawanan tumpuan yang melibatkan kelab dari selatan tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) akan bertandang ke Munsu Football Stadium untuk menentang Ulsan Hyundai petang ini.

Perlawanan yang akan berlangsung pada pukul 6:00 petang ini dijangka bakal menarik minat bukan sahaja penyokong tegar Harimau Selatan, namun juga peminat bola sepak Malaysia umumnya. Untuk rekod, 2 pertemuan terdahulu lebih memihak JDT dengan kedua-dua perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1.

Anda boleh menyaksikan perlawanan ini di saluran Astro Arena Bola 803 dan aplikasi Astro Go dengan pra-perlawanan bermula jam 5:30 petang.