Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski tekad mengekalkan Trofi Pichichi untuk musim kedua berturut-turut selepas menjulang trofi untuk musim lalu.

Lewandowski menewaskan saingan daripada Karim Benzema untuk menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak La Liga pada musim sulungnya dalam liga utama Sepanyol tetapi berdepan saingan daripada Jude Bellingham kali ini.

Pemain antarabangsa England itu kini mendahului carta dengan 10 gol daripada 11 perlawanan, tiga gol di hadapan Lewandowski, tetapi penyerang itu berkata masih banyak lagi yang perlu ditempuhi.

"Ia adalah musim yang panjang, tetapi Jude [Bellingham] adalah pemain yang hebat. Saya tidak fikir ia mudah untuk menjaringkan banyak gol dalam liga, kerana banyak pasukan beraksi taktikal bertahan dan sangat fizikal, tetapi kami adalah Barcelona.

Selain daripada sentiasa mahu menang, kami juga mahu menjaringkan banyak gol."

Lewandowski berharap untuk menambah koleksi jaringannya pada esok menentang Rayo Vallecano.