Barcelona mengukuhkan cengkaman dalam takhta La liga selepas membelasah Villarreal 5-1 dalam aksi keenam mereka, awal pagi tadi.

Dimulakan dengan jaringan gol oleh Robert Lewandowski pada minit ke-20 sebelum melebarkan kedudukan itu menjadikan 2-0 pada minit ke-35.





Namun jurang defisit gola itu berjaya dikurangkan oleh Ayoze Perez menjadi 2-1 sebelum menutup aksi babak pertama.

Barca kian garang sebaik babak kedua permainan bersambung di separuh masa kedua Pablo Torre meledakkan rembatan padu yang tepat menerjah ke jaring Villarreal menjadikan kedudukan 3-1.

Barca kemudiannya berpeluang menambah jaringan selepas dihadiahkan sepakan penalti namun gagal dimanfaatkan oleh Lewandowski.




Bagaimanapun kehampaan itu dibalas semula dengan dua jaringan cantik Raphinha pada minit ke-74 dan ke-83.

Dengan kemenangan itu Barca kini mengumpul 18 mata di depan seterus tradisi mereka Real Madrid dengan 14 mata di tangga teratas liga.