Kobbie Mainoo berkata tempat dalam skuad Euro 2024 England adalah sasaran utama selepas aksi cemerlang pemain muda Manchester United itu berterusan dengan panggilan menyertai skuad senior buat kali pertama.

Sudah lama dianggap sebagai bintang Old Trafford pada masa hadapan, pemain tengah berusia 18 tahun itu telah memantapkan dirinya sebagai pemain beperanan penting pasukan Erik ten Hag sejak kembali daripada kecederaan ligamen buku lali yang dialami pada pramusim.

Mainoo mempamerkan aksi terbaik ketika dia membuat permulaan Liga Perdana Inggeris pertamanya menentang Everton pada November dan menerima panggilan sulungnya di England hanya 114 hari kemudian.

Pada mulanya dinamakan dalam skuad bawah 21 tahun, dia dinaikkan pangkat ke skuad senior untuk perlawanan persahabatan menentang Brazil dan Belgium selepas kemenangan United 4-3 Piala FA pada suku akhir menentang Liverpool.

"Beberapa hari yang agak gila bagi saya," Mainoo memberitahu BBC Radio 5 Live.

“Ahad lalu jelas merupakan perlawanan yang hebat dan kemenangan yang hebat, kemudian untuk dipanggil ke Skuad B21 jelas buat saya teruja.

“Kemudian dipanggil menyertai skuad senior merupakan sesuatu yang menakjubkan.

"Saya terkejut dan gembira perkhabaran ini."