Gergasi Asia Jepun dan Bahrain membuka gelanggang Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia dengan langkah kanan pada Khamis.
The Blue Samurai kendalian Hajime Moriyasu tidak berdepan masalah membelasah China, asuhan Branko Ivankovic 7-0 dalam aksi Kumpulan C di Stadium Saitama dengan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Kaoru Mitoma dan Wataru Endo meledak gol.
Pemain sayap Brighton, Mitoma, yang terlepas aksi tahun ini kerana kecederaan, membuat penampilan pertamanya untuk Jepun sejak Piala Asia pada Januari.
Dia menjelmakan gol hasil tandukan minit ke-47, di hadapan lebih 50,000 penyokong di Saitama, selepas bintang Liverpool, Endo memberikan pendahuluan kepada tuan rumah minit ke-12.
Takumi Minamino menambah dua lagi gol minit ke-52 dan 58 selepas rehat untuk meletakkan Jepun selesa mendahului China yang mengintai slot ke Piala Dunia pertama sejak 2002.
Junya Ito, yang juga bermain untuk Jepun buat kali pertama sejak Piala Asia, menjaringkan satu lagi gol minit ke-77 sebelum gol lewat Daizen Maeda (m-87) dan Takefusa Kubo (m-95) menyempurnakan persembahan dominan armada Moriyasu.
Sementara itu, Australia menyingkap kempen dengan kekalahan 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Robina, Gold Coast, Queensland.
Gol sendiri pemain pertahanan Harry Souttar pada minit ke-89 memberikan tiga mata berharga buat anak buah Dragan Talajic ke atas angkatan Graham Arnold.
Sementara itu, Korea Selatan gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat tanpa jaringan menentang Palestin dalam aksi Kumpulan B di Stadium Piala Dunia Seoul.
Aksi Kumpulan B itu, Taegeuk Warriors kendalian Hong Myung-bo yang menguasai penguasaan bola gagal memecah keampuhan benteng Lions of Canaan, asuhan Makram Daboub dalam perlawanan tersebut.-Sinar
Stadium Astro
Thu Sep 05 2024
Singapura sambar naturalisasi dari Jepun
Hasrat pemain berdarah Jepun, Kyoga Nakamura, untuk menjadi warga Singapura tercapai selepas menjadi pemain naturalisasi pertama sejak Song Ui-yong pada 2021.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Australia menamatkan rekod permulaan sempurna Jepun dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia Zon Asia apabila mengikat kedudukan 1-1 di Stadium Saitama malam tadi.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Jepun teruskan penguasaan, Korea Selatan temui kemenangan pertama
Selepas membelasah China 7-0, pasukan terbaik Asia, Jepun, semakin tidak dapat dikawal apabila sekali lagi mencipta kemenangan besar berdepan Bahrain dalam saingan Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Nasional Bahrain, awal pagi tadi.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Jepun, Bahrain pamer aksi cemerlang
Gergasi Asia Jepun dan Bahrain membuka gelanggang Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia dengan langkah kanan pada Khamis.
Siaran Langsung (Live Streaming) Kelayakan Piala Dunia 2026: Jepun vs China
Dua pasukan yang menghuni kumpulan C dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, Jepun dan China akan membuat perhitungan pada perlawanan petang ini.
Terbuka Jepun: Sze Fei-Izzuddin lepasi ujian pertama
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melepasi langkah pertama dalam saingan Kejohanan Badminton Terbuka Jepun sebentar tadi.
Paris 2024: Pasukan 'Haikyu!' gagal ke separuh akhir, catat keputusan sama seperti di Tokyo 2021
Pasukan bola tampar kebangsaan Jepun sekali lagi terkandas dalam pusingan suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024, selepas tewas kepada pasukan ranking kedua dunia, Itali, di Paris Expo Porte de Versailles.
Paris 2024: Sepanyol mudah tewaskan Jepun, bawa cabaran ke separuh akhir
Skuad muda Sepanyol menepati ramalan selepas menyingkiran Jepun dalam perlawanan suku akhir Sukan Olimpik Paris 2023 dengan jaringan 3-0 di Stadium Groupama, sebentar tadi.
Paris 2024: Daiki Hashimoto kemudi Jepun untuk julang emas gimnastik artistik
Juara gimnastik Olimpik Tokyo, Daiki Hashimoto hampir membuat keputusan untuk 'angkat kaki' daripada kariernya selepas terpaksa mengharungi gangguan emosi selama berbulan-bulan.
Paris 2024: Gimnas Jepun dihantar pulang kerana merokok
Hanya tinggal beberapa hari sebelum Sukan Olimpik membuka tirai di Paris, skuad gimnastik Jepun dilaporkan berdepan tamparan hebat.
ATP Finals: Zverev targets 10 more years at the top after Ruud win
ATP Finals: Zverev targets 10 years
Chelsea fight back to beat brave Celtic in Women's Champions League
Chelsea fight back to beat Celtic
'I have to take care of myself' – McIlroy to play reduced schedule in 2025
McIlroy to reduce schedule in 2025
Real Madrid hit Twente for seven, five-star Wolfsburg also win big
Madrid hit seven versus Twente
Women's Super League predictions: Chelsea boss Bompastor backed to break record
WSL matchday eight predictions
'England comes before anything' – Kane unhappy with Three Lions withdrawals
Kane unhappy with England drop-outs
Tilak's unbeaten ton helps India take lead against South Africa
Varma puts India 2-1 up in series
Spurs say head coach Popovich had mild stroke
Spurs say Popovich had mild stroke
Kusal and Avishka centuries take series opener for Sri Lanka
Kusal stars in ODI opener
Healy in line to equal Ireland cap record versus Argentina
Healy set to equal Ireland record