Selepas membelasah China 7-0, pasukan terbaik Asia, Jepun, semakin tidak dapat dikawal apabila sekali lagi mencipta kemenangan besar berdepan Bahrain dalam saingan Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Nasional Bahrain, awal pagi tadi.

Ayase Ueda dan Hidemasa Morita menyumbat dua jaringan buat pasukan negara Matahari Terbit sebelum Koki Ogawa menyempurnakan malam gemilang Jepun di halaman lawan sambil meraih tiga mata penuh untuk melebarkan sayap menjarakkan kedudukan untuk menghuni tempat pertama kumpulan.


Dalam aksi Kumpulan B, Korea Selatan temui rentak kemenangan selepas seri tanpa jaringan ketika berdepan Palestin di tempat sendiri, minggu lalu.

Bintang Wolverhampton Wanderes, Hwang Hee-chan, membuka jaringan pada minit ke-10 sebelum diikat oleh Oman menerusi jaringan sendiri daripada pertahanan Korea Selatan, Jeong Seung-Hyeon, ketika menuju bilik persalinan.

Son Heung-min dan Joo Min-kyu memastikan skuad kendalian Hong Myung-bo meraih tiga mata pertama mengekori rapat pendahulu terdekat, Jordan.