Ditubuhkan sejak 21 tahun yang lalu, Persekutuan Lompat Tali Malaysia menjadi badan utama yang menaikkan sukan itu di dalam negara.


Dan Kejohanan Lompat Tali Terbuka Anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berlangsung hari ini menjadi titik penting untuk meraikan sukan itu.



Pertandingan yang melibatkan atlet berusia bermula 12 hingga 40 tahun itu menampilkan dua kategori iaitu prestasi tinggi dan juga berirama.

Walaupun ia adalah sukan yang berasaskan hobi kita semua ketika zaman kecil, namun atlet-atlet itu membuktikan aktiviti lompat tali seperti ini mampu dijadikan sebagai sukan berprestasi tinggi.

Hannah turut mengambil kesempatan dalam kejohanan itu untuk menyerahkan bendera kepada kontijen lompat tali Malaysia yang akan bertanding di peringkat antarabangsa tahun ini.