Jese Rodriguez kembali bertemu Real Madrid ketika Las Palmas berkunjung ke Santiago Bernabeu awal pagi esok dan berasakan dia mampu menjadi bintang jika bukan kerana kecederaan yang dialaminya.

Jese hanya mula menampilkan kebolehannya di dalam skuad Madrid sebelum kecederaan ligamen lutut merencatkan peningkatannya sejak Mac 2014.

Kerap diturunkan sebagai pemain gantian, pemain berusia 24 tahun itu mengalami badi sama yang menimpanya apabila menyertai juara Ligue 1, Paris Saint-Germain, pada musim ini.

Perpindahan secara pinjaman ke Las Palmas dilihat sebagai satu peluang buatnya untuk memulakannya semula.

"Saya telah memberitahu kepada semua orang bahawa saya mampu mengatasi rekod Raul di Madrid selepas saya memintas rekod jaringan Emilio Butragueno bersama RM Castilla," kata Jese.

"Tetapi kecederaan saya telah mematahkan karier saya, ia merupakan kecederaan yang perlu dihindarkan oleh setiap pemain."

"Beraksi di Bernabeu, saya akan memberikan yang terbaik sebagai tanda hormat kepada mereka. Jika saya berjaya menjaringkan gol, saya tidak akan meraikannya."