Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, membuat kenyataan mengejut terhadap Arsenal selepas menyaksikan pasukannya seri 2-2 dengan Manchester United.

Klopp, tidak boleh menyembunyikan perasaan kecewanya apabila pasukan Arsenal mengambil tempat untuk menghuni tangga pertama saingan Liga Perdana Inggeris.

'The Reds' terlebih dahulu berada di depan menerusi Luis Diaz pada separuh masa pertama tidak dapat memanfaatkan penguasaan mereka kerana terlepas beberapa peluang untuk memenangi perlawanan.

Penalti Mohamed Salah lima minit sebelum tamat permainan hasil jatuhan dari Harvey Elliot memberikan satu mata kepada pasukan pelawat, tetapi Liverpool tetap tidak berpuas hati kerana terlepas peluang untuk kembali ke puncak liga.

Arsenal akan ke Old Trafford pada Mei dan dalam sidang akhbar selepas perlawanannya, Klopp berkata, "Arsenal adalah pasukan bola sepak yang bagus dan jika [United] bermain seperti hari ini, Arsenal akan memenangi perlawanan itu, Saya 100 peratus pasti."

"Ini semua salah kami. Kami sepatutnya mendahului 2-0 pada separuh masa. Kami mencipta beberapa percubaan yang berbahaya. Kami mengawal permainan," kata ketua pasukan Liverpool, Virgil van Dijk.

"Ianya sangat mengecewakan. Kami sepatutnya menang di sini. Kami perlu menebusnya dalam semua perlawanan yang akan datang," katanya.

Liverpool akan beraksi menentang Crystal Palace di laman sendiri Ahad depan.

Ikuti Saluran Whatsapp Astro Arena di sini.