Bekas penyerang Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink, menegaskan Mauricio Pochettino memerlukan sedikit masa tetapi sedar tidak semua pemain besar kelab itu mampu menangani tekanan berkenaan.

The Blues masih belum menang selepas dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila seri 1-1 di tempat sendiri ketika menentang Liverpool disusuli dengan kekalahan 1-3 di West Ham, awal minggu ini.

Chelsea telah membelanjakan lebih daripada £350 juta (RM2 bilion) untuk perpindahan musim panas ini yang telah menelan perbelanjaan keseluruhan mereka di bawah konsortium Clearlake Capital Todd Boehly kepada hampir £1b (RM5.9b) sejak dia menyelesaikan pengambilalihannya pada akhir musim 2021-22.

Enzo Fernandez, Moises Caicedo dan Mykhailo Mudryk antara pembelian terbesar kelab itu tetapi tatkala Pochettino menegaskan pada bulan lalu bahawa tidak wujud kesabaran dalam bola sepak, Hasselbaink memohon semua pihak bertenang.

Duta LiveScore itu memberitahu agensi berita PA: “Lihat, ini adalah sebuah projek. Chelsea adalah satu projek dan ia akan mengambil masa.

A post shared by Chelsea FC (@chelseafc)



“Mereka perlu memberi masa. Mereka mempunyai ramai pemain berbakat tetapi mereka perlu beraksi secara sepasukan dan faktor itu yang menelan masa. Tidak kira berapa banyak wang yang anda sudah anda laburkan.

“Satu-satunya cara mereka akan belajar adalah dengan beraksi dan menghadapi tekanannya. Anda akan lihat sebahagian daripada mereka akan berjaya mengendalikannya tetapi sesetengahnya pula seperti biasa, mereka tidak mampu menghadapi tekanan. Itulah ciri-ciri pemain bintang itu.

“Saya rasa Chelsea telah membuat pembelian yang sangat baik menerusi ramai pemain muda dan perkara yang paling penting sekarang adalah untuk mengurangkan skuad kerana masih terdapat ramai pemain.

"Kemudian membentuknya agar semua pemain mula mengenali antara satu sama lain."