Muzaffar Musa
Fri Oct 29 2021
NAPOLI 3 BOLOGNA 0
Kapten Napoli, Lorenzo Insigne, menegaskan bahawa dia hanya fokus untuk bermain dan tidak mengendahkan spekulasi mengenai masa depannya pada ketika kelab Partenopei itu sedang memberikan cabaran dalam perebutan Scudetto.
Insigne memainkan peranan utama dengan dua jaringan penalti ketika Napoli menewaskan Bologna 3-0 dalam perlawanan Serie A awal pagi tadi -- keputusan itu kembali meletakkan barisan bimbingan Luciano Spalletti berkenaan di tangga teratas liga mengatasi AC Milan dengan perbezaan jaringan.
Bintang Napoli, Insigne, setakat ini telah menyempurnakan kesemua empat sepakan penalti pasukannya dalam Serie A musim ini -- rekod tertinggi dalam lima liga utama Eropah.
Dia juga menjadi pemain Napoli pertama menjaringkan gol penalti berganda dalam Serie A sejak Dries Mertens melakukannya pada September 2017.
Sejurus selepas perlawanan itu, Insigne ditanya mengenai situasi kontraknya, di mana pemain kebangsaan Itali dan pemenang Euro 2020 itu akan menjadi pemain dengan status ejen bebas pada penghujung musim ini.
"Anda sentiasa memikirkan mengenai perkara sama," kata Insigne -- yang tiba daripada program pembangunan kelab Napoli pada 2010 -- kepada Sky Sport Italia mengenai spekulasi yang mengaitkannya dengan Inter Milan dan AC Milan.
"Saya hanya memikirkan mengenai permainan.
"Presiden (Aurelio De Laurentiis) dan ejen saya akan menguruskan perkara-perkara lain," katanya.
Aksi di Stadio Diego Armando Maradona awal pagi tadi menyaksikan Fabian Ruiz membuka jaringan buat Napoli menerusi gol jarak jauh gemilang pada minit ke-18.
Insigne kemudian menjaringkan gol penalti pada empat minit terakhir babak pertama dan kemudian menyudahkan satu lagi sepakan sama selepas sejam perlawanan di Bologna.
Napoli kini telah mengumpulkan 28 mata daripada 10 perlawanan Serie A untuk menyamai rekod terbaik yang dilakukan mereka dalam musim 2017-18.
Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin
Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu selepas kelab dari Libya, Al-Ahly Benghazi, secara rasminya mengumumkan kehadiran tonggak tersebut, sekali gus menjawab spekulasi kepada khabar angin perpindahannya sebelum ini.
Declan Rice yakin Arsenal mampu tamatkan kemarau piala
'Ia bergantung kepada kami' -- Itulah luahan pemain tengah Arsenal, Declan Rice, sambil menaruh keyakinan bahawa pasukannya mampu menamatkan kemarau tanpa piala musim ini.
EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
Selepas Manchester City dan Liverpool, giliran Chelsea pula mencatatkan keputusan seri 2-2 berdepan Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
EPL: Cubaan bawa pulang tiga mata gagal, Brentford sekat hajat Man City
Prestasi terumbang-ambing juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, terus menjadi alasan selepas diikat 2-2 oleh Brentford pada saat akhir di Stadium Komuniti Gtech, awal pagi tadi.
EPL: 'Jabatan Perhutanan' hampir buat Liverpool menangis lagi
Liverpool hampir ditewaskan sekali lagi oleh Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground, sebentar tadi.
ACC Shopee Cup: Manuel Ott sedia pacu cabaran Terengganu di pentas Asia, liga
Arkitek Terengganu, Manuel Ott, enggan meletakkan dirinya dalam dilema untuk memikirkan mengenai kempen Piala Malaysia 2024/25 mahupun Kejohanan Kelab Asean ACC Piala Shopee 2024/25.
Kongres FAM: Perebutan kerusi presiden makin rancak!
Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin menarik apabila seorang lagi individu luar menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam badan induk itu.
Isteri saya adalah yang terbaik -- Guardiola bercerai selepas 30 tahun berumah tangga
Rumah tangga yang berusia 30 tahun Pep Guardiola akhirnya berakhir, menurut laporan di Sepanyol.
Penyokong Harimau Malaya harap bakat tempatan tidak terabai
Penyokong Harimau Malaya rata-ratanya melihat revolusi bola sepak negara daripada pandangan berbeza susulan akan mempunyai lambakan pemain warisan.
Penjaga gol utama wanita negara terbang ke Albania
Penjaga gol utama skuad bola sepak wanita negara, Azurin Mazlan, akan berkelana di Albania setelah melengkapkan perpindahan ke FKK Vllaznia selepas membantu Sabah meraih gelaran naib juara dalam kancah Liga Wanita Nasional (LWN).
Glasner fears Palace could lose Chalobah amid Chelsea recall rumours
Preview: Leicester v Palace
Australian Open: Alcaraz backs 'incredible' Fonseca to become one of the best
Alcaraz backs Fonseca to win a slam
Australian Open: Djokovic marks historic grand slam match in style
Djokovic overcomes stubborn Faria
NBA: Cavaliers bounce back to end Pacers' 6-game winning streak
Cavs bounce back, cool Pacers
Australian Open: Two-time champion Osaka rallies to beat Muchova
Osaka fights back to progress
Australian Open: Awesome Alcaraz marches on in Melbourne
No fuss for Alcaraz
Australian Open: Zheng offers no excuses as Andreeva fights back
Zheng out, Andreeva through
Australian Open: Djokovic makes more grand slam history
Djokovic sets new major record
Australian Open: Sabalenka downs Bouzas Maneiro in round two
Sabalenka's surge continues
Emery anticipates 'excited' Everton as Moyes returns to Goodison
Emery wary of motivated Everton