Bekas bintang Sepanyol dan Barcelona, ​​Andres Iniesta, memilih untuk bertindak pemilik bersama kelab Denmark, Helsingor

Iniesta menerusi syarikat NSN mengadakan kerjasama dengan kumpulan pelaburan Switzerland, Stoneweg, percaya Helsingor yang kini menduduki tempat ketujuh dalam kalangan 12 pasukan divisyen ketiga Denmark itu mampu menjadi bahagian penting dalam bola sepak negara tersebut.



Helsingor yang belum pernah beraksi dalam kancah utama turut melantik Quim Ramon --yang sebelum ini pernah bekerja dalam akademi remaja Barça sebagai pengarah sukan.

Dalam masa sama, wira ketika membantu Sepanyol menjulang Piala Dunia 2010 itu sedang menjalani kursus kejurulatihan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).