Pengurus Newcastle United, Eddie Howe berkata dia 'tidak mencari yang positif' sebaliknya 'mahukan respons' selepas pasukannya tewas 3-0 di Aston Villa.

OIlie Watkins meneruskan prestasi cemerlang bersama Villa apabila pasukan kendalian Unai Emery meraih kemenangan kelima berturut-turut Liga Perdana Inggeris semalam.

Newcastle yang berada di tempat ketiga merupakan pasukan kedua terbaik sepanjang permainan di Villa Park, dengan Villa mendahului dalam percubaan (15-8), percubaan ke sasaran (6-2) dan jangkaan gol (1.87-0.57).

Malah, tuan rumah juga melakukan percubaan yang terkena tiang dua kali dan juga memiliki gol tidak dibatalkan.

Ia menamatkan lima kemenangan berturut-turut untuk Newcastle, yang mengalami kekalahan paling teruk dalam liga sejak tewas 5-0 kepada Manchester City pada Mei tahun lalu.

Dengan perlawanan di tempat sendiri menentang Tottenham dalam aksi seterusnya, Howe mahukan respons daripada para pemain.

Bercakap kepada BBC Sport, Howe berkata, "Kami berada di tahap terbaik kami sejak awal permainan. Aston Villa adalah pasukan yang bagus dan kami tidak dapat mengikut rentak mereka.

“Kami secara konsisten cemerlang musim ini, ini adalah penurunan pertama yang kami alami; ia boleh berlaku dan kami perlu bangkit.

"Kami ketinggalan dalam setiap aspek. Kami mempunyai perlawanan besar minggu depan. Saya tidak benar-benar mencari yang positif, saya sedang mencari jawapan yang betul."