Status atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, kini semakin positif sejak dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh sebuah kenderaan di di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor Bahru, tiga hari lalu.


Siti Nurul Masyitah sememangnya atlet yang berjiwa besar dan cekal kerana selain sibuk dalam pengajiannya sebagai pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dan bergelar atlet, dia juga perlu membahagikan masanya untuk menjaga ibu bapanya yang mempunyai masalah kesihatan.

Ujian keatasnya ini segera mendapat perhatian pelbagai dan pihak berkuasa juga sudah menahan pelaku terbabit.

Siti Nurul Masyitah kini stabil selepas mengalami kecederaan patah tulang pelvik bahu kanan serta belakang badan.




Rozaimi Rahman

Sebelum kemalangan di Tuaran, Sabah, Rozaimi Rahman boleh dianggap sebagai penyerang berbeza.

Dia pernah dinobat antara 10 pemain terbaik Asia 2012.

Pada tanggal Julai 2015 -- ketika sedang meniti puncak kerjaya yang menyaksikannya diangkat sebagai pemenang Kasut Emas Kejohanan Piala Merdeka pada 2013 dan kelayakan Piala Asia B-23 pada tahun yang sama -- dia mengalami kemalangan parah, sehari sebelum beraksi untuk Sabah.

Darul Ta'zim (JDT) kemudia menawarkannya tempat dengan kontrak selama tiga tahun sambil menawarkannya program pemulihan terbaik.



Syafiq Ahmad

Ketika awal kelonggaran musim (PKP), berita penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, terlibat dalam kemalangan telah menggemparkan negara.

Pemain itu terlibat kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kilometer 163.6 arah utara, dekat Sungai Bakap.

Terima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail, kerana selain menawarkan rawatan terbaik, baginda turut menghulurkan bantuan untuk memulihkan motivasi Syafiq yang ketika itu berusia 25 tahun.


S Sivasangari

Atlet skuasy berusia 24 tahun ini pernah diduga apabila terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya Express Maju (MEX) yang mengakibatkannya mengalami kecederaan muka dan tengkuk.

Ia secara tidak langsung memadam impiannya untuk beraksi dalam Sukan Komanwel Birmingham.

Bagaimanapun, setahun kemudian dia berhasil membawa pulang dua emas Sukan Asia 2023 yang dianggapnya cukup bermakna untuk memacu kariernya.

"Pengembaraan ini tidak dijangkakan sebab saya tidak membayangkan akan memenangi pingat emas selepas apa yang dilalui.


"Ada sebab mengapa ini semuanya berlaku dan saya menganggap ini sebagai peluang kedua.

"Saya gembira dapat kembali," katanya sejurus kejayaan dalam temasya di Hangzhou, China itu.