Setelah aksi cukup mengecewakan ditampilkan Manchester United bpada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), kini hanya trofi Piala FA mampu mengembalikan maruah mereka sebagai antara pasukan terhebat pada kancah liga kali ini.

Legenda Red Devils, Gary Bailey menegaskan pemain agar memberi fokus terhadap merangkul gelaran Piala FA di mana itu adalah antara sasarn realistik yang wajar diraih skuad tersebut.'

Pun begitu, Nottingham Forest terlebih dahulu perlu melepasi halangan Nottingham Forest pada pusingan kelima di City Ground awal pagi esok.

“Mereka perlu bermain mati-matian dalam setiap perlawanan Piala FA kerana inilah satu-satunya peluang mereka untuk memenangi sesuatu pada musim ini. Saya tahu misi utama adalah layak ke kancah Eropah, namun Piala FA boleh menjadi pembakar semangat.

“Saya berharap kami boleh melangkah ke perlawanan akhir kerana United sudah pun tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selain jauh ketinggalan dalam perebutan takhta Liga Perdana,” katanya.