Hairuddin Omar dikhabarkan bakal mengisi kekosongan selaku penolong jurulatih Harimau Malaya di bawah kendalian pengendali baru skuad kebangsaan, Peter Cklamovski.

Mengikut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusof Mahadi, tidak menolak kemungkinan calon penolong jurulatih adalah daripada pembantu tempatan dengan nama Hairuddin ataupun lebih dikenali sebagai Hai-O berpotensi mengisi tempat itu.






Dia turut menambah tugasan Pau Marti Vicente tidak akan terganggu sekiranya skuad negara mara ke pentas akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 walaupun Peter Cklamovski akan memulakan tugasan bermula 1 Januari 2025.