Shaiful Shamsudin
Sun Dec 22 2024
VILLA 2 MAN CITY 1
Erling Haaland menegaskan bahawa barisan pemain Manchester City masih menaruh kepercayaan terhadap Pep Guardiola di sebalik kemerosotan prestasi kebelakangan ini.
Jhon Duran dan Morgan Rogers berhasil merobek gawang pelawat sementara gol lewat Phil Foden sekadar sagu hati ketika City tewas 1-2 kepada Aston Villa, malam tadi.
Ia menandakan kekalahan kesembilan mereka dalam tempoh 12 perlawanan.
Buat pertama kali di bawah kendalian Guardiola, The Citizens kemarau kemenangan di tempat lawan dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut.
Buat kali ketiga berturut-turut, Haaland gagal menemui sentuhan penyudah selain bergelut untuk mendapatkan umpanan menarik di Villa Park apabila hanya sekali melancarkan rembatan -- itu pun tersasar -- dan satu sentuhan di dalam kotak penalti lawan yang hadir masa kecederaan.
Ditanya mengenai kepercayaan rakan sepasukannya terhadap Guardiola, penyerang memberitahu TNT Sports: "Dia memenangi enam gelaran EPL dalam tempoh tujuh tahun, jad kami tidak akan melupakannya.
"Dia akan mencari penyelesaiannya. Dia telah melakukannya saban tahun.
"Kami masih percayakannya; sekarang kami perlu bekerja lebih keras daripada sebelumnya."
Guardiola mampu selesaikan kemelut Manchester City -- Haaland
Erling Haaland menegaskan bahawa barisan pemain Manchester City masih menaruh kepercayaan terhadap Pep Guardiola di sebalik kemerosotan prestasi kebelakangan ini.
Perebutan mahkota EPL kini bermula -- Arteta
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berkata barisanya dalam perebutan kejuaraan apabila mereka kembali menemui rentak kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 5-1 ke atas Crystal Palace, awal pagi tadi.
Arteta dalam dilema selepas belasah Crystal Palace
Mikel Arteta cukup bimbang dengan kecederaan hamstring yang dialami Bukayo Saka ketika Arsenal menewaskan Crystal Palace 5-1, awal pagi tadi.
Ruben Dias tambah runsing Guardiola
Pep Guardiola mengesahkan Manchester City telah dilanda satu lagi masalah apabila Ruben Dias perlu diketepikan selama tiga atau empat minggu berikutan kecederaan otot.
Slot: Awal lagi nak cakap potensi kejuaraan Liverpool
Arne Slot percaya masih terlalu awal untuk menilai peluang Liverpool mendakap mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) memandangkan saingan musim ini masih berbaki separuh lagi.
Piala EFL: Arsenal lepasi ujian Crystal Palace
Mikel Arteta telah meredakan sebarang kebimbangan kecederaan terhadap Kieran Tierney selepas pemain antarabangsa Scotland itu dikeluarkan dalam kemenangan 3-2 The Gunners ke atas Crystal Palace dalam Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi.
Piala EFL: Kami dominasi permainan, kata Amorim selepas Manchester United tersingkir
Ruben Amorim berasakan Manchester United mengawal permainan pertemuan separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) di Tottenham, awal pagi tadi, tetapi tumpas 3-4 sambil menegaskan bahawa walaupun trofi tidak akan menyelesaikan masalah di kelab itu.
Piala EFL: Adakah anda terhibur?, kata pengurus Spurs selepas singkir Manchester United
Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou memadam sebarang kritikan terhadap pendekatan ultra-menyerang anak buahnya selepas kemenangan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) 4-3 ke atas Manchester United sambil membangkitkan soalan: "Adakah anda tidak terhibur?"
Piala EFL: Kecederaan Jota menakutkan Liverpool
Diogo Jota telah memberikan Liverpool satu lagi kegusaran dengan pengendalinya, Arne Slot mendedahkan penyerang itu diragui untuk pertembungan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) di Southampton pada Khamis.
EPL: Pemain Chelsea positif ujian doping, bakal digantung sementara
Bintang terkemuka Chelsea, Mykhailo Mudryk, bakal dikenakan tindakan penggantungan daripada sebarang aktiviti bola sepak susulan keputusan ujian doping ke atas dirinya, semalam.
'Usyk got a Christmas gift' – Fury feels 'robbed' after losing heavyweight title rematch
Usyk beats Fury in rematch
Barca's drop in form not normal, but Flick confident they will bounce back
Flick: Barcelona will bounce back
'Pogba has always been a champion' - De Zerbi addresses Marseille link with France midfielder
De Zerbi hails 'champion' Pogba
Isak going nowhere, claims Newcastle boss Howe
Howe not considering Isak departure
Guardiola has 'incredible trust' in misfiring Man City stars
Guardiola trusts Man City
McSweeney devastated by Australia omission ahead of India fourth Test
McSweeney devastated by omission
NBA: Magic match franchise record with 25-point comeback in win over Heat
Magic rally from 25 down, beat Heat
Atletico Madrid not getting carried away after moving top of LaLiga
Atleti revel in Barca win
Alonso: Freiburg rout 'not as easy as it seemed' for Leverkusen
Alonso lauds Leverkusen rout
Arteta 'really worried' by Saka injury in Palace win
Arteta 'really worried' by Saka