VALENCIA 0 ATLETICO MADRID 1

Pemain gantian Antoine Griezmann, menjaringkan gol kemenangan hanya selepas beberapa minit dimasukkan dari bangku pemain simpanan untuk memastikan kemenangan 1-0 Atletico Madrid ke atas Valencia dalam perlawanan LaLiga di Mestalla awal pagi tadi.

Griezmann dan Thomas Lemar merupakan dua pemain yang dimasukkan Diego Simeone pada pertengahan babak kedua dan kedua-dua mereka kemudian bergandingan untuk memastikan tiga mata buat Atletico.

Griezmann berhasil menemui umpanan Lemar sebelum memecahkan kebuntuan menerusi rembatannya yang terbias pada minit ke-66, sekali gus memastikan Atletico memperoleh kemenangan kedua daripada tiga perlawanan pertama musim ini.

Atletico seterusnya akan meneruskan saingan liga dengan bertandang ke laman Real Sociedad hujung minggu ini manakala Valencia pula akan menantikan kunjungan Getafe sehari kemudian.