Mauricio Pochettino percaya Enzo Fernandez sudah mula mempunyai keyakinan untuk memperagakan prestasi terbaiknya bersama Chelsea selepas juara Piala Dunia itu menyumbat gol pertamanya Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton.

Pemain berusia 22 tahun itu menanduk masuk gol pertama pasukannya selepas 17 minit permainan sebelum menambah gol kedua menerusi sepakan penalti selepas rehat dan sekalipun tuan rumah kehilangan kapten, Conor Gallagher, yang dilayangkan kad merah pada minit ke-45 untuk menuntut 3-2 kemenangan di Stamford Bridge.

Ia adalah kemenangan pertama mereka dalam enam percubaan Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang bertemu pasukan yang dikemudi oleh Roberto De Zerbi itu yang menyaksikan pemain antarabangsa Argentina tersebut -- yang ditandatangani dari Benfica untuk rekod Britain £107 juta pada Januari lalu -- akhirnya memecahkan rekod jaringan liganya dalam penampilan ke-31.

Pengaruhnya telah berkembang di bahagian tengah Chelsea, khususnya sejak ketibaan Moises Caicedo pada Ogos lalu yang membolehkannya menggalas peranan yang lebih ke atas.



Pochettino -- turut menyaksikan pertahanan, Levi Colwill, meledak gol pertamanya untuk kelab -- menjangkakan gol pertama Fernandez itu akan melonjakkan momemtum permainannya.

“Adalah penting pemain berbeza boleh menjaringkan gol,” kata pengurus itu. “Ia adalah yang pertama dan kedua Enzo dalam Liga Perdana, adalah penting untuk membina keyakinan.

“Pemain kadangkala memerlukan semusim, enam bulan, 10 bulan untuk mula menunjukkan kualiti sebenar mereka. Mengapa ia berbeza di Chelsea?

“Saya sangat gembira kerana pemain berbeza mampu menjaringkan gol. Ia satu perkara yang baik buat pasukan.”