Bekas tonggak Pulau Pinang, Faiz Subri, menyangkal dakwaan bahawa sedang mengalami masalah kewangan berikutan aktiviti Liga Malaysia (Liga-M) terjejas akibat COVID-19.
Pemain tengah itu mengambil langkah menjual begedil di media sosial peribadinya sehingga mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.
"Ia mungkin salah faham.
"Saya dan isteri berbincang untuk menjual begedil ketika awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu bagi menjana pendapatan daripada tidak berbuat apa-apa," katanya.
Faiz kini berehat sehingga hujung musim ini berikutan kekangan pandemik itu selain pembatalan Liga M3 yang menghadkan peluang pemain untuk mencari pasukan.
"Saya masih aktif dalam bola sepak.
"Memandangkan kancah Liga M3 musim ini sudah dibatalkan, mungkin tahun depan saya akan kembali beraksi.
"Setakat ini bekas pasukan ada membuat tawaran tetapi saya belum memberi kata putus," katanya.
Namun, ia tidak menghalangnya untuk mengorak langkah dalam bidang yang diminati itu apabila sudah memulakan projek penubuhan akademi dan padang sintetik di Pulau Pinang.
"Saya sedang bekerjasama dengan seorang usahawan dan saya bercadang membuka akademi di Bukit Mertajam.
"Insya-Allah ia akan diputuskan dalam masa terdekat.
"Mungkin sebagai langkah pertama, saya perlu buat orang ramai mengenali padang di sana," katanya.
Dalam masa sama, selaku pemenang Anugerah PUSKAS yang diangkat sebagai gol tercantik 2016, pemain berusia 33 tahun itu berharap dapat mengekalkannya dalam simpanan sebagai kenangan manis buat keluarganya.
"Ia anugerah yang cukup bermakna dalam karier bola sepak dan mungkin saya berkesempatan untuk memperlihatkannya kepada cucu saya kelak."
Shaiful Shamsudin
Mon Jul 27 2020
Anugerah Puskas: Sean harap jaringan bertemu Selangor FC tersenarai
Penyerang Negeri Sembilan FC, Sean Eugene Selvaraj, memohon doa rakyat Malaysia agar jaringannya bertemu Selangor FC tersenarai dalam Anugerah Puskas.
'Seperti mati hidup semula' -- Faiz Subri sah kembali sarung jersi Penang
Selepas tiga tahun tanpa pasukan, pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri, akan kembali mewarnai kancah Liga Malaysia selepas sah mengikat kontrak setahun bersama Penang FC.
Faiz nafi sedia lepaskan trofi Anugerah Puskas
Bekas tonggak Pulau Pinang, Faiz Subri, menyangkal dakwaan bahawa sedang mengalami masalah kewangan berikutan aktiviti Liga Malaysia (Liga-M) terjejas akibat COVID-19.
Hilang fokus punca Pulau Pinang tidak menjadi musim ini -- Faiz
"Peluang kami tetap ada," itu nada positif pemain Pulau Pinang, Faiz Subri, mengulas mengenai ranjau yang diharungi skuad Harimau Kumbang untuk kekal dalam saingan Liga Super pada musim depan.
Faiz Subri sedia berunding
Pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri, bersedia untuk mendengar tawaran dari mana-mana pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim depan.
Faiz terima RM50,000 daripada kerajaan negeri Pulau Pinang
Pemenang Anugerah Puskas di Anugerah Bola Sepak FIFA 2016, Faiz Subri disambut bak wira oleh ratusan penyokong di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Rabu selain mendapat imbuhan sebanyak RM50, 000 daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.
Chicago Fire v New England Revolution: Acosta says composure key for misfiring hosts
The Chicago Fire face the New England Revolution in a meeting of two struggling teams in MLS this weekend.
Vancouver Whitecaps v Austin FC: Sartini hails 'special' White ahead of enticing BC Place meeting
Sartini hails White ahead of Austin
Real Salt Lake v Sporting Kansas City: Mastroeni lauds team effort of Western Conference leaders
Mastroeni lauds Salt Lake
Hoffenheim 1-1 RB Leipzig: Kramaric denies visitors after Simons red card
Report: Hoffenheim 1-1 RB Leipzig
Alcaraz withdraws from Italian Open, Rublev to meet Auger Aliassime in Madrid
Alcaraz to miss Italian Open
Luton Town 1-1 Everton: Hatters squander opportunity to climb out of relegation zone
Report: Luton 1-1 Everton
Lakers fire coach Darvin Ham after swift first-round exit
Lakers fire Ham after 2 seasons
Everyone wants to beat Leverkusen, says Alonso ahead of Frankfurt clash
Alonso: Everyone wants to beat us
'It's football hunger' – Moyes intent on West Ham stay as Lopetegui speculation swirls
Moyes keen on West Ham stay
IPL: Iyer and Starc boost Kolkata's top-two hopes after Mumbai win
KKR down MI in IPL