Penyerang kebangsaan, Faisal Halim, berharap semua pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat sempena Kejohanan Pestabola Merdeka 2024, September ini dapat memberikan aksi terbaik mereka.

Faisal akan terus komited untuk kembali mendapatkan prestasi sebenarnya semula dan bersedia sepenuhnya sekiranya jurulatih memerlukan khidmatnya nanti.

"Sekarang masa untuk saya dapatkan prestasi, kekuatan, kecergasan dan sentuhan kembali kemudian jurulatih akan tentukan sama ada saya bersedia untuk dipanggil ataupun perlukan masa lagi," katanya.




Sementara itu, pemain berusia 26 tahun iut sempat memberikan kata-kata semangat buat rakan sepasukan untuk tunjukkan kemampuan sebenar dalam pertemuan dengan Filipina pada 4 September ini.

Dia juga percaya terhadap segala perancangan taktikal yang bakal dibawa pengendali sementara, Pau Marti mampu mewujudkan sinar baru dalam skuad harimau malaya.

"Sekarang masa untuk saya dapatkan prestasi, kekuatan, kecergasan dan sentuhan kembali kemudian jurulatih akan tentukan sama ada saya bersedia untuk dipanggil ataupun perlukan masa lagi.

"Dalam kejohahan ini saya harap mereka boleh beri yang terbaik, saya sentiasa berada di belakang mereka dan mengucapkan terima kasih keapda rakan-rakan yang beri semangat untuk saya kembali. Saya hargai sangat." katanya.

"Saya tidak sabar bersama rakan-rakan saya, semua pemain sudah memahami tektikal jurulatih Pau Marti, tapi semestinya sesuatu yang baru dan pemain perlu bersedia dan fokus serta menyokong sepenuhnya."katanya.