Saufi Tahir
Sat Jun 29 2024
JERMAN 2-0 DENMARK
Jerman berjaya melangkah ke pusingan suku akhir EURO 2024 selepas menewaskan Denmark 2-0 di Stadium Signal Iduna park, sebentar tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 0-0 walaupun Jerman jelas mendominasi perlawanan dengan beberapa cubaan tetapi Kasper Schmeichel menjadi watak penting sebagai benteng terakhir Denmark.
Joachim Andersen hampir meletakkan Denmark di hadapan pada minit ke-48 tetapi selepas pengadil perlawanan, Michael Oliver, membatalkan jaringan tersebut susulan ofsaid selepas melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Selang beberapa minit, Jerman dihadiahkan penalti selepas pengadil mendakwa bola hantaran David Raum terkena tangan Joachim Andersen.
Kai Havert memecahkan kebuntuan pada minit ke-53 selepas menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Jerman mendahului Denmark 1-0.
Kai Havert berpeluang menggandakan jaringan pada minit ke-58 dalam situasi satu lawan satu berdepan Schmeichel tetapi sepakannya tersasar melintasi gawang gol justeru menyelamatkan gawang Denmark.
Dalam pada itu, ketenangan Jamal Musiala dengan larian pantas memberikan skuad Die Mannschaft kelebihan dua gol apabila mudah menyumbat masuk jaringan kedua pada minit ke-68. Jaringan itu menjadi gol ketiga buat Musiala dalam empat perlawanan dia bersama Jerman di saingan EURO 2024.
Pemain gantian hampir Niclas Füllkrug menambah derita Denmark dengan jaringan ketiga dalam masa tambahan, tetapi selepas menyemak VAR pengadil sekali lagi menafikan jaringan itu.
Keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat sekali gus membawa cabaran Jerman sebagai tuan rumah ke pusingan 8 terbaik dengan anak buah Julian Nagelsmann itu bakal berdepan cabaran Sepanyol mahupun Georgia dalam pusingan suku akhir nanti.
Untuk rekod, Jerman berjaya melangkah ke pusingan suku akhir buat pertama kali sejak kali terakhir adalah pada kejohanan EURO 2016 apabila berjaya berjaya mara sehingga ke pusingan separuh akhir.
Watak penting selamatkan insiden Eriksen, Simon Kjaer sah umum persaraan
Bekas ketua pasukan Denmark, Simon Kjaer, secara rasminya mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak selepas sudah bergelar pemain selama 23 tahun sepanjang kariernya.
TERKINI: BAM lantik Ketua Jurulatih Baru Perseorangan Kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Lebih sukar lawan Lee Chong Wei berbanding Lin Dan -- Viktor Axelsen
Pemain badminton Denmark, Viktor Axelsen, berasakan beraksi menentang legenda badminton negara, Lee Chong Wei, lebih sukar berbanding bekas jaguh dari China, Lin Dan, sepanajang karier badmintonnya.
EURO 2024: Jerman hantar Denmark pulang, mara ke suku akhir
Jerman berjaya melangkah ke pusingan suku akhir selepas menewaskan Denmark 2-0 di Stadium Signal Iduna park, sebentar tadi.
Separuh masa EURO 2024: Jerman mendominasi, Kasper Schmeichel watak penting Denmark
Jerman mendominasi perlawanan separuh masa pertama serta memaksa benteng pertahanan Denmark berkerja keras dengan sekurang-kurangnya lima percubaan tepat yang merbahaya.
EURO 2024: Perlawanan Jerman, Denmark terhenti seketika susulan ribut petir
Perlawanan pusingan kalah mati melibatkan Jerman dan Denmark dihentikan seketika oleh pengadil perlawanan pada minit ke-35 susulan cuaca yang menganggu serta membahayakan pemain.
Kesebelasan utama EURO 2024: Jerman, Denmark sediakan skuad terbaik rebut slot suku akhir
Jerman kekal mempertaruhkan barisan pemain yang hampir sama dalam kesebelasan utama menentang Denmark dalam pusingan 16 di Stadium Signal Iduna park, sebentar lagi.
EURO 2024: Jerman buktikan mampu bergelar juara -- Fullkrug
Niclas Fullkrug percaya Jerman sudah menunjukkan mereka mampu memenangi Euro 2024 menjelang perlawanan pusingan 16 bertemu Denmark awal pagi Ahad.
EURO 2024: England muncul juara kumpulan di sebalik aksi hambar
England menamatkan saingan pusingan awal Euro 2024 selaku juara Kumpulan C tetapi sekali lagi mempamerkan aksi hambar ketika terikat tanpa jaringan dengan Slovenia di Cologne awal pagi tadi.
EURO 2024: Denmark jumpa Jerman dalam pusingan 16
Denmark layak ke pusingan 16 Euro 2024 selepas terikat tanpa jaringan dengan Serbia dalam aksi terakhir Kumpulan C di Arena Allianz awal pagi tadi.
Australian Open: Slick Swiatek soars into semi-finals
Swiatek makes light work of Navarro
Australian Open: Keys comes from behind to end Svitolina's run
Keys books semi-final spot
Emery admits he 'made a mistake' as Villa beaten by Monaco
Emery admits mistake in Villa loss
Red Star Belgrade 2-3 PSV: De Jong at the double in nervy win
Report: Red Star Belgrade 2-3 PSV
Australian Open: Alcaraz keeping his head up after losing Djokovic thriller
Alcaraz: I'm not going to hide
Sheffield United return to Championship summit, Luton drop deeper into the mire
Sheffield United top Championship
Raphinha in form of his life as Barcelona win nine-goal thriller
Raphinha in form of his life
Atletico Madrid 2-1 Bayer Leverkusen: Alvarez double helps hosts to comeback win
Report: Atletico 2-1 Leverkusen
Australian Open: Djokovic 'grateful' to have Murray in his corner
Djokovic 'grateful' for Murray
Bologna 2-1 Borussia Dortmund: Hosts come back from behind for first win
Report: Bologna 2-1 Dortmund