Pejaga gol Everton, Jordan Pickford, menjadi wira buat pasukan England selepas menafikan sepakan penalti pemain Switzerland, Manuel Akanji, dalam perlawanan suku akhir Euro 2024 di Stadium Merkur Spiel, awal pagi tadi.

Perlawanan masa tambahan terikat 1-1 selepas kedua-dua pasukan tidak berjaya menambah jaringan dan membawa ke penentuan sepakan penalti.

Namun, di sebalik kejayaan skuad The Three Lions itu, terdapat satu faktor yang menjadi pemangkin kepada persembahan memukau penjaga gol berusia 30 tahun itu susulan melakukan penyelamatan penting untuk membawa skuad kendalian Gareth Southgate itu ke peringkat separuh akhir.


Tular di media sosial Stadium Astro di mana botol air penjaga gawang kebangsaan itu mengandungi maklumat berkenaan pemain Switzerland yang akan membuat sepakan yang menjadi punca utama kejayaan skuad England itu.

Ternyata informasi tersebut sangat berguna buat penjaga gol utama pasukan England itu kerana berhasil membawa negaranya ke pusingan seterusnya.