Perlawanan tertunda Liga Super Malaysia di antara Perak bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) ditangguh ke pukul 9.15 malam ekoran hujan lebat yang turun membasahi Stadium Perak, Ipoh, kini.

Sebelum ini, permainan tersebut sudah pun ditunda pada Ogos lalu akibat cuaca dan keadaan padang yang teruk menyebabkan aksi itu terpaksa dimainkan malam ini.




"Pada pendapat saya, ia sangat mustahil untuk bermain dalam keadaan padang tersebut kerana hujan berterusan turun.

"Satu kepayahan buat semua pemain menonjolkan prestasi sebenar," luah pengendali JDT, Hector Bidoglio, mengenai status permukaan padang.