Bayern Munich mengesahkan bahawa pemain tengahnya, Jamal Musiala, terpaksa direhatkan buat sementara waktu selepas mengalami kecederaan pinggul ketika tewas kepada Aston Villa dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kelmarin.

Musiala, yang beraksi dalam babak kedua ketika pasukannya tewas 0-1 di Villa Park, tidak tersenarai bagi aksi Bundesliga menentang Eintracht Frankfurt malam esok.

Dia juga terpinggir daripada aksi Jerman menentang Bosnia Herszegovina dan Belanda dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah (UNL), di mana Julian Nagelsmann menggantikannya dengan pemain berusia 21 tahun Stuttgart, Jamie Leweling.

"Selepas pemeriksaan oleh kakitangan perubatan kelab, Jamal Musiala akan diketepikan buat masa ini kerana masalah pinggul," kata Bayern menerusi akaun media sosial mereka.