Ammar Hakim
Sun Nov 26 2023
Pada hari Everton menyuarakan ketidakpuasan terhadap keputusan Liga Perdana Inggeris atas hukuman pemotongan mata, Manchester United menambah perit atas luka mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas The Toffees.
Dipotong 10 mata kerana melanggar peraturan financial fair play, penyokong Everton melaungkan cemuhan ketika lagu tema EPL dimainkan di Goodison Park. Situasi itu selalunya menghadirkan perlawanan sukar buat United, namun laman keramat Everton seperti senyap seketika apabila hantaran silang Diogo Dalot disempurnakan Alejandro Garnacho dengan sentuhan magis apabila melakukan sepakan gunting yang menembusi gawang seawal minit kedua permainan.
Didorong oleh rasa ketidakadilan yang membara daripada rentetan keputusan pengadil yang dipersoalkan, Everton menggunakan semangat penonton sebagai kelebihan mereka, namun André Onana bertindak cemerlang menafikan beberapa peluang dihasilkan Dominic Calvert-Lewin.
United sekali lagi menghukum tuan rumah pada separuh masa kedua, apabila Ashley Young menjatuhkan Anthony Martial sebelum Marcus Rashford melengkapkan jaringannya menerusi sepakan penalti.
Ketika perlawanan sudah kelihatan memihak pelawat, mereka menambah lagi jaringan menerusi gerakan serangan balas yang disempurnakan oleh Anthony Martial.
Pengendali pasukan, Erik ten Hag, melakukan beberapa pertukaran bagi merehatkan pemain utama menjelang perlawanan di Turki berdepan Galatasaray dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).
Eric Cantona berang Manchester United tidak hormat Alex Ferguson
Legenda Manchester United, Eric Cantona, berang dengan pemilik bersama kelab itu, Ineos, yang memecat Alex Ferguson daripada peranan duta besar.
Bilik persalinan Manchester United diceroboh?
Kejutan berlaku di bilik persalinan Manchester United selepas dilaporkan berlaku pencerobohan oleh individu yang tidak dikenali dengan meletakkan alat perakam suara yang boleh dikendalikan menggunakan telefon pintar.
EPL: Seri dengan Villa beri Ten Hag sedikit masa -- Gary Neville
Gary Neville percaya Manchester united memberikan Erik ten Hag sedikit masa lagi selepas seri tanpa jaringan dengan Aston Villa malam tadi tetapi tidak pasti berapa lama pengendali itu akan bertahan.
EPL: Semua di Manchester United bersatu, kata Ten Hag selepas seri dengan Aston Villa
Erik ten Hag menegaskan bahawa dia dan hierarki tertinggi Manchester United masih bersatu walaupun terikat tanpa jaringan dengan Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park malam tadi.
EPL: Man United kempunan lagi, seri berdepan Aston Villa
Juara Piala FA musim lalu, Manchester United, gagal mendapatkan tiga mata penuh apabila terikat tanpa jaringan 0-0 bertemu tuan rumah, Aston Villa, di Villa Park, sebentar tadi.
Hari ini dalam kenangan: Manchester United, Liverpool dibelasah lebih enam gol
Genap empat tahun hari ini merupakan ulang tahun kekalahan hebat dua gergasi Liga Perdana Inggeris.
EPL: Mungkinkah giliran Emery pula aibkan Ten Hag?
Menghuni di tangga ke-15 dalam Liga Perdana Inggeris nampaknya tak banyak yang mampu diperkatakan oleh Erik Ten Hag jika mahu bercakap tentang pencapaian terbaiknya setakat ini.
EPL: Manchester United akan capai kejayaan musim ini -- Erik ten Hag
Erik ten Hag menegaskan bahawa Manchester United tetap akan mencapai kejayaan musim ini walaupun masih bergelut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
EPL: Superkomputer ramal Gareth Southgate pengendali baru Manchester United
Bekas jurulatih skuad kebangsaan England, Gareth Southgate muncul calon utama menggantikan Erik ten Hag sekiranya pengendali dari Belanda itu dipecat Manchester United, menurut ramalan Superkomputer.
Simone Inzaghi pengganti Ten Hag?
“Ten Hag Out”- satu pergerakan yang menular baru-baru ini, lebih lebih lagi dalam musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan prestasi Manchester United semakin merosot dengan hanya satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir.
D.C. United v Charlotte FC: Lesesne says hosts' confidence is sky high
Preview: D.C. United v Charlotte FC
Alcaraz beats Nadal in emotional 6 Kings Slam semi-final
Alcaraz beats Nadal in Saudi Arabia
Bompastor's 100% start continues as Chelsea overcome Twente
Chelsea stay perfect versus Twente
Man Utd confirm Mainoo out for 'a few weeks' with muscle injury
Man Utd midfielder Mainoo sidelined
Messi has 'more years to play', but unwilling to make World Cup commitment
Messi has 'more years' to play
Sinner repeats Djokovic success to reach 6 Kings Slam final
Sinner overcomes Djokovic again
Clippers star forward Leonard sidelined indefinitely
Clippers F Leonard out indefinitely
Philadelphia Union v FC Cincinnati: Curtin admits hosts' playoff chances are slim
Preview: Philadelphia v Cincinnati
Women's Super League predictions: Man Utd and Chelsea to stay perfect, winning start for Slegers?
WSL Predictions MD5
South Africa stun Australia to reach T20 World Cup final
Anneke Bosch smashed an unbeaten 74, the best score of the tournament, to guide South Africa to the final of the Women's T20 World Cup.