Erik ten Hag menegaskan bahawa Manchester United tetap akan mencapai kejayaan musim ini walaupun masih bergelut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Red Devils berada di tangga ke-12 carta liga selepas hanya mengumpul tujuh mata serta merupakan jumlah kutipan paling sikit selepas enam perlawanan mereka dalam satu musim.





Tewas 0-3 kepada Tottenham di Old Trafford memberikan tekanan buat pengendali berusia 54 tahun itu dengan mereka akan menentang Porto dalam saingan Liga Eropah (UEL) dan Aston Villa dalam aksi seterusnya.

"Kami akan mencapai kejayaan musim ini," katanya kepada Sky Sports.

"Tiada apa yang mudah, tetapi saya bukan panik. Kami boleh menyelesaikan perkara ini, pasukan ini boleh menyelesaikannya.




Jurulatih kelahiran Belanda itu turut menegaskan dia tidak berasa bimbang dengan spekulasi terbaru mengenai masa depannya di Old Trafford dengan dia telah menamatkan dua kempennya bersama United dengan trofi.

"Saya tidak memikirkannya, saya tidak bimbang. Mereka juga tahu dalam enam musim terakhir saya, sentiasa ada trofi dan itu yang kami sasarkan."katanya.