Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berpendapat bahawa Kai Havertz mendapat manfaat daripada perasaan cintanya di Arsenal dan dia telah mencabar penyerang itu untuk mengekalkan prestasi cemerlangnya ketika ini.

Pemain kelahiran Jerman itu mula merasakan perubahan mendadak kariernya bersama The Gunners selepas perpindahan pada musim panas lalu daripada Chelsea telah berjaya mencatatkan lima jaringan gol dan empat bantuan jaringan dalam tujuh perlawanan terakhirnya.

Pemain berusia 24 tahun itu memainkan peranan yang sangat penting dalam kemenangan 3-0 mereka ketika berdepan Brighton sebelum ini.

Arsenal kini berada dalam perebutan tiga penjuru Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Liverpool dan Manchester City dengan Havertz adalah teras kepada peluang mereka untuk menamatkan penantian kelab selama 20 tahun untuk bergelar juara liga.

"Saya rasa persembahan keseluruhannya sangat bagus dan kini jumlahnya dari segi sumbangan jaringan gol sangat tinggi. Dia perlu mengekalkan tahap permainan ini.

"Dia mempunyai beberapa pemain yang hebat di sekelilingnya. Kami telah cuba untuk menciptakan persekitaran yang sesuai untuknya yang saya fikirkan perkara itu sangat penting buat mana-mana pemain.

"Dia mendapat penghargaan daripada pemain lain, barisan staf di kelab dan kini semestinya daripada penyokong sendiri." katanya.