Manchester United berjaya menjaringkan keseluruhan 35 gol dan dibolosi sebanyak 34 gol untuk membawa kepada perbezaan jaringan kini kepada positif satu.

Perbezaan jaringan Manchester United positif buat kali pertama sejak minggu pertama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mereka menewaskan Luton Town dengan keputusan 2-1.

United buka kempen musim 2024/25 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Wolverhampton sebelum ditewaskan 2-0 oleh Tottenham Hotspur pada minggu berikutnya sekaligus menyaksikan perbezaan jaringan menjadi negatif satu.

Kemenangan ke atas Luton Town turut menyaksikan The Red Devils mengekalkan rekod tanpa kalah bagi kalender 2024, di samping merekod 5 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Selepas ini, United bakal kembali ke Old Trafford untuk melayan kunjungan Fulham pada Sabtu dengan sepak mula jam 11.00 malam.