NEWCASTLE 4 CHELSEA 1
Mauricio Pochettino "marah dan kecewa" selepas menyaksikan Chelsea dibelasah 1-4 di Newcastle dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL), tengah malam tadi.
Pengurus Argentina itu berang dengan kekalahan berkenaan selepas persembahan longlai dalam separuh masa kedua di St James’ Park menyaksikan pertahanan, Reece James, secara tidak langsung memadamkan segala persembahan terpuji mereka ketika menentang Tottenham dan Manchester City sebelum rehat antarabangsa.
Pochettino yang menonton perlawanan itu dari tempat duduk penonton memandangkan perlu menjalani penggantungan berkata: “Kami tidak mempersiapkan diri dengan cara terbaik untuk bersaing hari ini, itu kebimbangan saya.
“Kami sangka sudah bersedia untuk bersaing pada hari ini, sebaliknya kami tidak mengikut elemen yang diperlukan untuk bersaing.
“Walaupun Newcastle tidak sehebat mana, ia adalah kemenangan mudah untuk persediaan Liga Juara-Juara (UCL) buat mereka. Kami berkunjung ke sini dan kami masih perlu buktikan bahawa kami adalah lawan yang sukar, untuk menang dan mengalahkan kami.
“Tetapi ia sangat mudah berikutan cara kami dibolosi dan cara kami begitu lembut dalam setiap terjahan. Kami tidak menunjukkan sikap bahawa kami sedang beraksi untuk sesuatu yang penting.
“Itulah yang membuatkan saya marah dan kecewa. Kami bercakap tentang kami adalah pasukan muda dan kami perlu belajar, namun prestasi seperti ini membuatkan saya cukup marah kerana ia mengenai cara anda menonjolkan personaliti dan karakter.
“Baiklah, kami masih mentah sebagai sebuah pasukan tetapi kami tidak boleh melepaskan peluang untuk menyajikan persembahan terbaik.”
Shaiful Shamsudin
Sat Nov 25 2023
EPL: Chelsea sepatutnya menang lawan Forest, kata Maresca
Enzo Maresca menegaskan bahawa Chelsea sepatutnya menang dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest di laman sendiri malam tadi walaupun mereka terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan 1-1.
EPL: Bintang Chelsea, Palmer lakar sejarah baru ketika ledak empat gol
Cole Palmer menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris untuk menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama, ketika Chelsea mengatasi Brighton 4-2 di Stamford Bridge.
Piala EFL: Nkunku cipta hatrik dalam pesta gol Chelsea
Christopher Nkunku menjaringkan hatrik ketika Chelsea mara ke pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan pendahulu League Two, Barrow, 5-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi.
EPL: Dua gol Nicolas Jackson bawa Chelsea ke kelompok atasan
Chelsea mempamerkan aksi meyakinkan untuk memanfaatkan prestasi hambar West Ham ketika meraih kemenangan 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London sebentar tadi.
Enzo Maresca puji impak Sancho, Nkunku dalam kemenangan Chelsea
Enzo Maresca memuji sumbangan kemenangan perlawanan daripada pemain gantian pada babak kedua dalam kemenangan 1-0 di tempat lawan di Bournemouth, termasuk pemain yang membuat penampilan sulung, Jadon Sancho, dan penjaring gol, Christopher Nkunku.
EPL: Sterling mahu bukti kemampuannya bersama Arsenal -- Arteta
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya Raheem Sterling mempunyai satu perkara yang perlu dibuktikan berikutan perpindahannya dari Chelsea pada hari akhir.
Serie A: Lukaku lengkapkan perpindahan ke Napoli
Romelu Lukaku menamatkan tempoh kedua bersama Chelsea dengan perpindahan menyertai Napoli, perkara itu telah disahkan semalam.
Chelsea cadang kurangkan lambakan pemain
Enzo Maresca mendedahkan matlamat utama Chelsea adalah untuk menjual pemain tatkala jendela perpindahan menghampiri penghujungnya.
EPL: Jika Palmer air yang dingin, saya api membara -- Noni Madueke
Noni Madueke percaya gandingannya bersama Cole Palmer cukup seimbang selepas membantunya meledak hatrik ketika menang 6-2 ke atas Wolves.
EPL: Akibat tewas aksi pertama, Chelsea bikin Wolves malu besar
Perlawanan minggu kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan Chelsea bangkit daripada kekalahan lalu kepada juara Perisai Komuniti, Manchester City, untuk memalukan Wolverhampton Wanderers 2-6 di Stadium Molineux, sebentar tadi.
D.C. United v Charlotte FC: Lesesne says hosts' confidence is sky high
Preview: D.C. United v Charlotte FC
Alcaraz beats Nadal in emotional 6 Kings Slam semi-final
Alcaraz beats Nadal in Saudi Arabia
Bompastor's 100% start continues as Chelsea overcome Twente
Chelsea stay perfect versus Twente
Man Utd confirm Mainoo out for 'a few weeks' with muscle injury
Man Utd midfielder Mainoo sidelined
Messi has 'more years to play', but unwilling to make World Cup commitment
Messi has 'more years' to play
Sinner repeats Djokovic success to reach 6 Kings Slam final
Sinner overcomes Djokovic again
Clippers star forward Leonard sidelined indefinitely
Clippers F Leonard out indefinitely
Philadelphia Union v FC Cincinnati: Curtin admits hosts' playoff chances are slim
Preview: Philadelphia v Cincinnati
Women's Super League predictions: Man Utd and Chelsea to stay perfect, winning start for Slegers?
WSL Predictions MD5
South Africa stun Australia to reach T20 World Cup final
Anneke Bosch smashed an unbeaten 74, the best score of the tournament, to guide South Africa to the final of the Women's T20 World Cup.