Newcastle United melengkapkan kesepakatan mendapatkan penyerang berusia 18 tahun Gambia, Yankuba Minteh, dari pasukan Denmark, OB, dan akan terus meminjamkan pemain itu kepada Feyenoord.

Pemain ramaja itu akan secara rasmi melengkapkan perpindahannya bersama The Magpies pada 1 Julai ini berdasarkan kepada kelulusan dan dia akan segera menyertai pasukan juara Belanda, Feyenoord, bagi musim 2023-24 untuk meneruskan perkembangan kariernya.

Sebelum ini, Minteh telah melakukan 17 penampilan senior bersama OB dalam Danish Superliga dan menjaringkan empat gol selain turut menghasilkan enam bantuan jaringan.