Muzaffar Musa
Sat Apr 01 2023
ARSENAL 4 LEEDS UNITED 1
Gabriel Jesus menjaringkan dua gol untuk Arsenal kekal berkelebihan lapan mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Leeds United 4-1 lewat malam tadi.
Jesus menandakan kepulangannya sejak November lalu dengan menjaringkan gol dalam setiap separuh masa di Stadium Emirates sambil Ben White dan Granit Xhaka turut mencatatkan nama selaku penjaring gol Arsenal.
Walaupun Manchester City terus memberikan tekanan dengan kemenangan 4-1 ke atas Liverpool dalam perlawanan lebih awal, pasukan bimbingan Mikel Arteta itu jelas tidak terjejas untuk selesa meraih kemenangan liga ketujuh berturut-turut.
Jaringan Rasmus Kristensen memberikan sedikit harapan buat Leeds tetapi gol daripada Xhaka membuktikan bahawa ia sekadar menjadi jaringan sagu hati buat pelawat, yang hanya dibezakan jumlah jaringan daripada zon penyingkiran.
Arsenal membuka jaringan pada 10 minit terakhir babak pertama apabila Jesus tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan Luke Ayling.
Tuan rumah kemudian menggandakan kelebihan mereka selepas dua minit perlawanan bersambung, di mana White menyudahkan lintangan gemilang Gabriel Martinelli.
Jesus memperoleh gol keduanya berselang lapan minit, kali ini susulan satu gerakan cantik bersama Leandro Trossard.
Leeds merapatkan jurang pada minit ke-76 apabila percubaan Kristensen terbias ke badan Oleksandr Zinchenko tetapi Xhaka segera menamatkan harapan itu dengan menanduk masuk umpanan Martin Odeegard untuk memastikan kemenangan Arsenal.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Selangor melancarkan kempen solidariti 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!' berikutan pemain mereka, Faisal Halim, dianiayai apabila disimbah asid di sebuah pusat beli-belah, Ahad lalu.
Wakil Perdana Menteri ziarah Faisal Halim di hospital
Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, Ahmad farhan Fauzi, mewakili Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menziarahi Faisal Halim yang sedang dirawat akibat insiden simbahan asid di hospital swasta di Shah Alam, malam tadi.
Faisal Halim selesai pembedahan kedua, keadaan makin stabil
Ini perkembangan terkini keadaan pemain kebangsaan, Faisal Halim, susulan menjalani pembedahan kedua susulan disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali.
TERKINI: Cermin kereta Safiq Rahim pecah diketuk dengan tukul besi
Bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim, turut ditimpa malang apabila cermin kereta dipecahkan menggunakan tukul besi berdekatan pusat latihan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Hamidin tidak rela kehilangan 'ayam tambatan' bola sepak negara
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, tidak rela kehilangan 'ayam tambatan' bola sepak negara itu susulan kecederaan serius yang menimpa Faisal Halim.
Tragedi seperti ini tidak sepatutnya berlaku -- Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan kekesalannya terhadap insiden yang menimpa penyerang skuad kebangsaan itu.
Faisal Halim mohon doa rakyat Malaysia
Penyerang Selangor, Faisal Halim, meminta rakyat Malaysia dapat mendoakan dirinya cepat sembuh selepas mengalami kecederaan teruk akibat disimbah asid pada Ahad lalu.
Kelayakan Piala Dunia lebih penting daripada kejuaraan sulung -- Hamidin
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menjadikan agenda negara sebagai keutamaan berbanding impian peribadinya untuk mendakap piala pertama selepas enam tahun menerajui pucuk pimpinan badan induk itu.
Gallifuoco terkejut, simpati insiden menimpa Faisal, Akhyar
Pertahanan Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, pula mengakui terkejut dan simpati dengan insiden yang menimpa Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Polis kesan pemilik akaun media sosial timbul kebencian terhadap pemain bola sepak -- Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Gobert voted Defensive Player of the Year for 4th time
Gobert wins 4th career DPOY award
Terzic: Dortmund have made up for last season's Bundesliga failure
UCL run makes up for league failure
'I don't see why we shouldn't win' - BVB hero Hummels bullish ahead of Champions League final
Hummels bullish ahead of CL final
Veteran campaigner Hummels the hero as fine margins cost PSG
Data Debrief: PSG 0-1 BVB
'We weren't efficient' - Marquinhos bemoans PSG profligacy after Champions League exit
Marquinhos rued Paris Saint-Germain's Champions League exit, but focused on the positives of their run to the semi-finals.
Paris Saint-Germain 0-1 Borussia Dortmund (0-2 agg): Hummels header sends BVB into Champions League final
Report: PSG 0-1 BVB (0-2 agg)
Tuchel wants Bayern to discover their 'inner child' against Real Madrid
Tuchel not afraid of Real Madrid
Everton shareholders demand a decision on takeover
Everton fans want takeover decision
IPL: Royals downed by big-hitting Capitals
Royals lose again in IPL
Liam Rosenior departs Hull City after 18 months in charge
Liam Rosenior departs Hull City