Julian Alvarez meluahkan keraguan mengenai masa depannya bersama Manchester City selepas kerap diketepikan dalam perlawanan penting.
Alvarez beraksi selama 2,657 minit dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) buat City sepanjang musim lalu, minit terbanyaknya sejak menyertai kelab itu pada Januari 2022.
Dia memulakan 21 perlawanan liga musim lalu -- walaupun kebanyakannya sebagai pemain tengah menyerang -- dan bagi pertandingan lain, termasuk Piala FA, di mana The Citizens layak ke final, dia sentiasa menjadi pilihan kedua di belakang Erling Haaland.
Pemain kebangsaan Argentina itu, yang kini sedang mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik Paris 2024, mengakui kecewa dengan keadaan itu, di mana dia kerap tidak diturunkan dalam perlawanan penting.
"Saya masih belum berhenti berfikir mengenai apa yang akan saya lakukan," katanya kepada DIRECTV ketika ditanya mengenai masa depannya.
"Musim lalu, saya antara pemain yang bermain dengan minit paling banyak dalam pasukan.
"Tetapi benar, pada akhirnya, dalam beberapa perlawanan penting, amat tidak menyenangkan apabila anda dipinggirkan. Saya masih ada masa untuk menentukan keputusan saya.
"Saya tidak akan berhenti untuk berfikir dengan tenang. Sebaik sahaja Sukan Olimpik tamat, saya akan meluangkan masa untuk menilai apa yang saya mahukan untuk diri saya," katanya.
Alvarez telah menjaringkan 36 gol dalam 103 penampilan untuk City dalam semua pertandingan, selain menghasilkan 18 bantuan jaringan.
Arsenal, Chelsea dan Atletico Madrid dilaporkan berminat menandatangani pemain berusia 24 tahun itu sekiranya dia memutuskan untuk berpindah dari Stadium Etihad.
Muzaffar Musa
Mon Jul 29 2024
Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin
Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu selepas kelab dari Libya, Al-Ahly Benghazi, secara rasminya mengumumkan kehadiran tonggak tersebut, sekali gus menjawab spekulasi kepada khabar angin perpindahannya sebelum ini.
Declan Rice yakin Arsenal mampu tamatkan kemarau piala
'Ia bergantung kepada kami' -- Itulah luahan pemain tengah Arsenal, Declan Rice, sambil menaruh keyakinan bahawa pasukannya mampu menamatkan kemarau tanpa piala musim ini.
EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
Selepas Manchester City dan Liverpool, giliran Chelsea pula mencatatkan keputusan seri 2-2 berdepan Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
EPL: Cubaan bawa pulang tiga mata gagal, Brentford sekat hajat Man City
Prestasi terumbang-ambing juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, terus menjadi alasan selepas diikat 2-2 oleh Brentford pada saat akhir di Stadium Komuniti Gtech, awal pagi tadi.
EPL: 'Jabatan Perhutanan' hampir buat Liverpool menangis lagi
Liverpool hampir ditewaskan sekali lagi oleh Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground, sebentar tadi.
ACC Shopee Cup: Manuel Ott sedia pacu cabaran Terengganu di pentas Asia, liga
Arkitek Terengganu, Manuel Ott, enggan meletakkan dirinya dalam dilema untuk memikirkan mengenai kempen Piala Malaysia 2024/25 mahupun Kejohanan Kelab Asean ACC Piala Shopee 2024/25.
Kongres FAM: Perebutan kerusi presiden makin rancak!
Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin menarik apabila seorang lagi individu luar menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam badan induk itu.
Isteri saya adalah yang terbaik -- Guardiola bercerai selepas 30 tahun berumah tangga
Rumah tangga yang berusia 30 tahun Pep Guardiola akhirnya berakhir, menurut laporan di Sepanyol.
Penyokong Harimau Malaya harap bakat tempatan tidak terabai
Penyokong Harimau Malaya rata-ratanya melihat revolusi bola sepak negara daripada pandangan berbeza susulan akan mempunyai lambakan pemain warisan.
Penjaga gol utama wanita negara terbang ke Albania
Penjaga gol utama skuad bola sepak wanita negara, Azurin Mazlan, akan berkelana di Albania setelah melengkapkan perpindahan ke FKK Vllaznia selepas membantu Sabah meraih gelaran naib juara dalam kancah Liga Wanita Nasional (LWN).
Australian Open: Alcaraz backs 'incredible' Fonseca to become one of the best
Alcaraz backs Fonseca to win a slam
Australian Open: Djokovic marks historic grand slam match in style
Djokovic overcomes stubborn Faria
NBA: Cavaliers bounce back to end Pacers' 6-game winning streak
Cavs bounce back, cool Pacers
Australian Open: Two-time champion Osaka rallies to beat Muchova
Osaka fights back to progress
Australian Open: Awesome Alcaraz marches on in Melbourne
No fuss for Alcaraz
Australian Open: Zheng offers no excuses as Andreeva fights back
Zheng out, Andreeva through
Australian Open: Djokovic makes more grand slam history
Djokovic sets new major record
Australian Open: Sabalenka downs Bouzas Maneiro in round two
Sabalenka's surge continues
Emery anticipates 'excited' Everton as Moyes returns to Goodison
Emery wary of motivated Everton
Djokovic 'feels bad' he missed Nadal's farewell to tennis
Djokovic on missing Nadal farewell