Ollie Watkins membawa Aston Villa ke empat teratas Liga Perdana Inngeris dengan kemenangan ke atas Tottenham sekaligus memberikan kekalahan ketiga berturut-turut kepada tuan rumah.

Skuad kendalian Unai Emery bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 2-1 dan melonjakkan Spurs dalam perlawanan yang cukup mendebarkan, dengan Pau Torres menjaringkan tandukan pada separuh masa pertama dan Watkins menjaringkan gol kedua selepas 61 minit.

Giovani Lo Celso memberikan Tottenham mendahului perlawanan selepas 22 minit dengan perjudian pilihan Ange Postecoglou mula memberikan hasil di awal permainan, namun kegagalan tuan rumah melunas peluang terhidang dihukum Villa yang memperoleh kemenangan kelapan daripada 10 perlawanan terakhir mereka.